Him and Her Health Run 2026 Pulau Pinang Tarik Penyertaan 2,500 Peserta

Puan Tan Lean Kee (barisan ketiga daripada hadapan dan yang keenam daripada kiri), merasmikan acara larian dengan melepaskan kira-kira 2,500 peserta Him and Her Health Run 2026 Pulau Pinang.
GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 4 Jun 2026 - Padang Kawad di Universiti Sains Malaysia (USM) dipenuhi dengan suasana meriah pada 17 Mei lalu apabila kira-kira 2,500 peserta berhimpun untuk menyertai Him and Her Health Run 2026 Pulau Pinang anjuran Yayasan MR D.I.Y..
Larian komuniti itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai peringkat usia yang menyokong pesakit kanser dan penyakit jantung, dengan hasil kutipan disalurkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan menampung kos rawatan serta perbelanjaan perubatan yang berkaitan.
Puan Tan Lean Kee, Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara Pulau Pinang yang juga isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, merasmikan acara tersebut dan menyempurnakan pelepasan peserta di garisan permulaan.

Puan Tan Lean Kee (keempat daripada kiri), menyertai peserta dalam suasana meriah acara larian komuniti itu.
Selain larian itu sendiri, para peserta turut menikmati sesi pemanasan badan Zumba yang meriah serta pelbagai aktiviti interaktif di sekitar kawasan acara yang berlangsung sepanjang acara tersebut. Ini sekali gus mencerminkan misi lebih besar larian ini dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.




Senyuman dan gelak tawa memeriahkan suasana di Him and Her Health Run 2026 Pulau Pinang.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai rakan penaja termasuk Creador Foundation, Kumon Education Malaysia, Shin Yang Shipping, Jemco Manufacturing, Alliance Integrity Trading, Hui Long Lighting, Qube Apps Solutions dan banyak lagi.


Gerai interaktif turut menjadi tumpuan peserta yang meluangkan masa menikmati pelbagai aktiviti sepanjang acara larian Him and Her Health Run 2026 Pulau Pinang.
Atas sambutan yang meriah di Pulau Pinang, Him and Her Health Run 2026 bakal diteruskan di Kuching pada 19 Julai 2026 sebelum berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2026 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengumpulan dana di seluruh negara.


Peserta daripada pelbagai peringkat umur turut memeriahkan acara larian Him and Her Health Run 2026.
Untuk menyertai acara larian ini, daftar sekarang di https://www.mrdiy.com/him-her-health-fun-run-2026 dan jadilah sebahagian daripada gerakan komuniti yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup aktif di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai program kemampanan dan tanggungjawab sosial korporat Yayasan MR D.I.Y., layari Yayasan MR D.I.Y. atau ikuti Yayasan MR D.I.Y. di Facebook, Instagram, dan TikTok.
