MR D.I.Y. memastikan harga kekal stabil dengan ‘Harga Tetap Sama’

Menepati janjinya, ‘Always Low Prices’ untuk rakyat Malaysia di seluruh negara


MR D.I.Y. menepati janjinya ‘Always Low Prices’ dengan memastikan harga kekal untuk semua rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR, 04 Mei 2026 - Di saat rakyat Malaysia terus berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup, MR D.I.Y. mengukuhkan komitmennya terhadap kemampuan melalui inisiatif ‘Harga Tetap Sama’ yang dilaksanakan di seluruh negara.

Dilancarkan pada awal bulan ini, inisiatif ini memastikan harga tidak berubah untuk pelbagai jenis produk harian, sekali gus memberi pelanggan lebih kepastian dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka.

Ketika inflasi dunia dan peningkatan kos bahan api memberi tekanan kepada belanjawan isi rumah, MR D.I.Y. kekal fokus untuk memberikan nilai yang konsisten kepada pelanggan. Dengan mengekalkan harga yang stabil dalam semua kategori penting termasuk keperluan harian seperti beg sampah, bateri, makanan dan minuman serta alat tulis, peruncit ini terus memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia menerusi cara yang praktikal dan bermakna.

Adrian Ong, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., berkata, “Kami menyedari bahawa kenaikan harga walaupun kecil boleh memberi kesan dari semasa ke semasa. Dengan memastikan harga yang stabil, kami berharap dapat mengurangkan sedikit tekanan terhadap isi rumah. Kemampuan bukanlah satu kemewahan; ia adalah keperluan harian. Kami mahu para pelanggan tahu yang mereka boleh terus yakin pada kami untuk mendapatkan nilai setiap hari, dan ‘Always Low Prices’ kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka.”


Dengan pelbagai jenis barangan keperluan harian, pelanggan dapat menikmati ketenangan fikiran di MR D.I.Y.

Inisiatif ‘Harga Tetap Sama’ boleh didapati di semua cawangan MR D.I.Y. seluruh negara, merangkumi pelbagai jenis produk, daripada barangan kelengkapan rumah dan peralatan sekolah sehinggalah kepada keperluan rumah harian. Melalui inisiatif ini, MR D.I.Y. terus bersama rakyat Malaysia dengan menawarkan konsistensi, kebolehcapaian dan nilai, sambil membantu isi rumah kekal berdaya tahan dalam persekitaran yang berubah dengan cara yang praktikal dan bermakna. Pada masa yang sama, para pelanggan terus mendapatkan keperluan mereka pada harga yang boleh diharapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. Malaysia atau ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, TikTok, XiaoHongShu, X dan YouTube.