09 May 2019

Lebih Jimat Apabila Anda Berbelanja di Laman Shopee MR.DIY Raya ini!

KUALA LUMPUR, 09 MEI 2019 — Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, MR.DIY akan mengadakan potongan harga untuk lebih 300 produk antaranya Kain Lap Bayi Anakku, Mentol 10W Jimat Tenaga LED MR.DIY, Bateri Alkali MR.DIY, dan banyak lagi produk dengan tawaran diskaun sehingga 20%! Semua diskaun ini boleh didapati di laman rasmi Shopee MR.DIY dan semasa Jualan Kejutan di laman utama Shopee. MR.DIY juga akan memberikan sampul Raya secara percuma kepada semua pelanggan untuk mana-mana pembelian produk MR.DIY bernilai RM30 di cawangan MR.DIY yang terpilih di Malaysia, sementara stok masih ada.

Baucar Diskaun

Tebus baucar diskaun sejumlah RM300,000 untuk mendapatkan penjimatan tambahan apabila berbelanja di lama rasmi Shopee MR.DIY Pelanggan layak mendapat diskaun RM6 untuk setiap pembelian RM55; diskaun RM10 untuk setiap pembelian RM75, dan diskaun RM15 untuk setiap pembelian RM100, hanya dengan menggunakan kod diskaun baucar yang dinyatakan apabila ingin membuat pembayaran.

Baucar Diskaun Berganda sempena Hari Istimewa (11 Mei, 23 Mei and 1 Jun)

Hari Istimewa sudah semestinya menawarkan baucar diskaun yang luar biasa! Tebus baucar diskaun berganda untuk mendapatkan potongan harga dan penjimatan lumayan pada 11 Mei, 23 Mei dan 1 Jun. Dengan baucar diskaun berjumlah sehingga RM400,000 untuk dimenangi, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun RM8 untuk setiap pembelian RM55; diskaun RM12 untuk setiap pembelian RM75, dan diskaun RM20 untuk setiap pembelian RM100.

Tawaran Hadiah untuk Pembelian RM60 & Penghantaran Percuma MR.DIY

Pada Hari Istimewa 23 Mei, MR.DIY akan memberikan jag plastik premium bernilai RM15 buat pelanggan yang membuat pembelian sekurang-kurangnya RM60 di laman rasmi Shopee MR.DIY. Penghantaran Percuma juga ditawarkan untuk setiap pembelian minimum RM20 (harga asal RM40).

MR.DIY x Duit Syiling Shopee

Tidak tahu bagaimana cara menggunakan Duit Syiling Shopee yang terkumpul daripada aktiviti membeli belah? Pelanggan boleh menukar Duit Syiling Shopee dengan baucar tunai MR.DIY yang berharga RM9 untuk setiap pembelian minimum RM55.

“Semua tawaran dan promosi ini adalah sebahagian daripada usaha MR.DIY untuk memeriahkan dan memudahkan persiapan Raya rakyat Malaysia. MR.DIY juga akan memberikan sampul Raya yang direka khas secara percuma kepada semua pelanggan untuk setiap pembelian RM30 di cawangan MR.DIY yang terpilih,” kata Andy Chin, Timbalan Presiden MR.DIY

Semua baucar dan tawaran ini boleh digunakan untuk lebih 8,000 produk MR.DIY di laman rasmi Shopee MR.DIY Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya ini, sila layari laman rasmi Shopee MR.DIY di Shopee