15 June 2019 - 31 August 2019
Kempen Ceria MR.DIY x SCJ


Terma dan Syarat
 


1. Kempen Ceria Mr DIY x Glade akan berlangsung dari 15 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2019 (“Tempoh Kempen”). Mr. D.I.Y. Trading Sdn. Bhd. dan S.C. Johnson & Son (M) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen akan dibatalkan secara automatik. 

2. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 Jun 2019) kecuali kakitangan Penganjur dan ahliahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur. 

3. Untuk menyertai Kempen: 
a. Para peserta mestilah membeli RM10.00 dan ke atas mana-mana produk Glade, Mr Muscle, Pledge, Ziploc dan/atau Kit (“Produk Yang Turut Serta”) dalam satu resit dari mana-mana kedai Mr DIY yang turut serta dalam Tempoh Kempen. Setiap RM10.00 = satu (1) penyertaan Kempen. Contoh:


b. Satu (1) resit melayakkan peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan borang Kempen ATAU satu (1) penyertaan SMS ATAU satu (1) penyertaan ‘Online’ sahaja. 
c. Melalui borang penyertaan: 
i. Isikan butiran peribadi dan lengkapkan borang penyertaan. 
ii. Lampirkan resit tunggal asal bertarikh dalam Tempoh Kempen dengan pembelian Produk Yang Turut Serta sebagai bukti pembelian. 
iii. Hantar penyertaan melalui pos biasa ke: Kempen Ceria Mr DIY x Glade, Peti Surat 3279, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 
iv. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan. 
v. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat. 
vi. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik. 
vii. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah. 
ATAU 
d. Melalui SMS: 
i. Jawab satu soalan: “Kempen ini adalah kerjasama antara MR.D.I.Y. dan Glade. Betul atau Salah”. 
ii. Taip (GLADE)<jarak>(nombor resit 5 digit terakhir)<space>(tarikh resit HHBBT)<jarak>(jumlah pembelian Produk Yang Turut Serta RM00.00)<jarak>(jawapan kepada soalan)<jarak>(nombor KP 12 digit)<jarak>(nama) dan SMS ke 36266. Contoh: GLADE 97531 300619 RM12.90 Betul 881031145577 Mohd Daud 
ATAU 
e. Melalui ‘Online’: 
i. Layari http://bit.do/eZpCj. 
ii. Isikan butiran peribadi dan butiran resit dan klik hantar. 
f. Untuk penyertaan SMS dan ‘Online’, simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Kempen dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan SMS atau ‘Online’ sebagai bukti pembelian. 
g. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah. 
h. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Kempen ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan ‘Online’ dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Kempen ini. 

4. Cara pemilihan pemenang: 
a. Hadiah Utama x 1: 
i. Pemenang Hadiah Utama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Kempen dan dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 60,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 30,000. Maka penyertaan layak ke-30,000 akan disenarai pendekkan dan layak untuk memenangi Hadiah Utama. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-30,000 adalah penyertaan layak ke29,999. 
b. Hadiah Pertama x 4: 
i. Para pemenang Hadiah Pertama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Kempen dibahagikan dengan 24. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 60,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 24 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,500. Maka penyertaan layak ke-2,500, ke-5,000, ke-7,500 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama, ke-7, ke-13 dan ke-19 yang disenarai pendekkan adalah pemenang Hadiah Pertama yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-13 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya. 
c. Hadiah Kedua x 6: 
i. Para pemenang Hadiah Kedua yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Kempen dibahagikan dengan 36. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 60,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 36 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 1,666. Maka penyertaan layak ke-1,666, ke-3,332, ke-4,998 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama, ke-7, ke-13 dan seterusnya yang disenarai pendekkan adalah pemenang Hadiah Kedua yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-13 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya. 
d. Hadiah Sagu Hati x 100: 
i. Para pemenang Hadiah Sagu Hati yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Kempen dibahagikan dengan 600. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 60,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 600 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 100. Maka penyertaan layak ke-100, ke-200, ke-300 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama, ke-7, ke-13 dan seterusnya yang disenarai pendekkan adalah pemenang Hadiah Sagu Hati yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-13 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya. 
e. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang 
berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. 
f. Para pemenang yang layak daripada penyertaan SMS dan ‘Online’ dikehendaki menghantar melalui Pos Laju/kurier semua resit bercetak asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan SMS dan/atau ‘Online’) berserta salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. 

5. Hadiah-hadiah Kempen: 
a. Hadiah Utama x 1: Perodua Aruz 1.5 X. 
b. Hadiah Pertama x 4: Vespa S125 setiap satu. 
c. Hadiah Kedua x 6: Samsung Galaxy S10+ 128 GB setiap satu. 
d. Hadiah Sagu Hati x 100: RM100.00 Baucar Mr DIY setiap satu. 
e. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Kempen. 
f. Hadiah Utama dan Hadiah Pertama tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, di mana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur berhak menukar warna kereta dan motosikal ke warna yang lain. 
g. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiahhadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh pihak Penganjur. 
h. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah Peraduan sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah Kad Pengenalan Malaysia atau Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri. 
i. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan manamana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'. 

6. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Kempen ini. 

7. Dengan menyertai Kempen ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama 
dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur. 

8. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1800-88-0081 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka. 

9. Dengan menyertai Kempen ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur. 

10. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut. 

11. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.