Meriahkan Lagi Hari Kemerdekaan Dengan MR.DIY


Apakah rancangan anda untuk Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ini? Bercadang untuk menyertai perarakan di Dataran Merdeka atau mengubah sudut pejabat menjadi ruang patriotik atau mungkin meraikan semangat kebebasan dengan berbasikal di jalan terbuka? Apa pun ia, sambutlah Hari Kemerdekaan bersama kami, di MR.DIY.



Flag Hand (12’s x 14 cm x 28 cm)
8700009 - RM4.70

Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia akan tiba. Sertai orang ramai untuk menceriakan hari tersebut. Tetapi uh uh uh, nampak seperti ada sesuatu yang hilang… Dapatkan Jalur Gemilang untuk diri anda dan jangan lupa mengibarkannya dengan bangga dan bersemangat di Dataran Merdeka.



SCOTCH Double Sided Mounting Tape
9640207 - RM6.30 RM5.30

Berancang untuk menghiasi dinding anda dengan gambar atau hiasan? Lupakan skru dan paku. Ini adalah pita dua sisi yang kemasannya hampir tidak kelihatan. Yang penting adalah ia lebih selamat daripada menggunakan skru atau paku. Anda akan terkejut melihat betapa kuatnya pita ini, begitu kuat sehingga dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.



Bicycle Bag
9003681 - RM27.90 RM12.50

Ucapkan selamat tinggal kepada beg basikal lama dan dapatkan peneman yang baik untuk mengayuh. Dengan cara ini, anda boleh mengakses telefon anda semasa mengayuh basikal anda tanpa mengira cuaca. Ini akan melindungi telefon anda daripada cahaya matahari, hujan lebat, calar, dan kerosakan semasa keluar mengayuh basikal.



Bicycle Tail Light Set
9003182 - RM24.90 RM13.50

Berbasikal pada waktu subuh atau lewat petang mungkin merupakan pilihan terbaik kerana trafik yang kurang dan jalan yang lengang. Sama ada pada awal pagi atau lewat petang, lampu basikal adalah penting terutamanya ketika tahap keterlihatan kurang baik. Ia akan membantu anda melihat dan dilihat sepanjang waktu kayuhan.



Bicycle Cup Holder
9003994 - RM12.90 RM7.30

Memegang botol atau cawan semasa berbasikal adalah sangat berbahaya. Ini adalah salah satu cara untuk memastikan minuman anda mudah dicapai semasa berbasikal. Pasanglah pemegang dengan mudah pada hendal dan pastikan minuman anda mudah dicapai. Kekal hidrat semasa beraktiviti.