MR.DIY perluas rangkaian perkakas rumah dengan lebih banyak pilihan dan nilai lebih baik

13 produk baharu dengan harga lebih rendah memudahkan isi rumah di Malaysia memiliki perkakas harian yang dipercayai

MR.DIY memperluas rangkaian perkakas rumah yang menggabungkan fungsi pratikal, kualiti terbukti dan nilai lebih baik, dengan pensijilan SIRIM serta jaminan setahun.

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 – MR D.I.Y. Group Berhad (“MR D.I.Y.”) memperkenalkan 13 produk baharu serta menurunkan harga barangan terpilih bagi memudahkan lebih ramai pengguna mendapatkan perkakas rumah keperluan harian.

Lamgkah itu mengukuhkan kedudukan MR.DIY dalam kategori perkakas rumah mampu milk, selepas mencatatkan jualan lebih 900,000unit dalam tempoh dua tahun lalu. Rangkaian yang diperluas ini menawarkan lebih banyak pilihan untuk keperluan dapur, pembersihan dan penjagaan diri, menerusi rangkaian kedainya di seluruh negara.

Rangkaian ini mencerminkan komitmen MR.DIY terhadap Proven Quality, Better Value menerusi gabungan fungsi praktikal, piawaian keselamatan yang diperakui dan harga berpatutan, berteraskan janji Always Low Prices.

"Lebih 20 tahun berkhidmat kepada isi rumah di Malaysia telah memberikan kami pemahaman yang mendalam tentang keperluan pelanggan terhadap perkakas harian. Mereka mahukan produk yang boleh dipercayai, dilengkapi dengan ciri-ciri yang penting, pada harga yang berpatutan," kata Alex Goh, Naib Presiden Kanan Pemasaran MR.DIY

"Dengan memperluas rangkaian perkakas rumah kami dan menurunkan harga barangan terpilih, kami memudahkan pelanggan mencari perkakas yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka, di samping keyakinan tambahan menerusi waranti satu tahun.”

Lebih banyak pilihan untuk keperluan harian

Antara produk baharu yang diperkenalkan termasuk cerek elektrik, periuk nasi, periuk masak perlahan, seterika wap, pengering rambut dan pembersih vakum.

Harga bermula dari RM27.90 bagi cerek elektrik, RM39 bagi seterika wap, RM53 bagi periuk nasi, RM27.90 bagi pengering rambut dan RM79 bagi pembersih vakum, dengan pilihan reka bentuk, bahan dan ciri yang berbeza bagi mereka yang mahukan lebih variasi.

Kenali produk terbaharu dalam rangkaian perkakas rumah MR.DIY Membersihkan rumah kini lebih praktikal dengan pembersih vakum mampu milik ini, disokong kualiti terbukti dan waranti satu tahun.

MR.DIY turut menurunkan harga perkakas terpilih, termasuk cerek elektrik, periuk nasi, pengering rambut dan banyak lagi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menawarkan nilai yang lebih baik. Gabungan pilihan yang lebih luas dan penurunan harga ini memberikan pelanggan lebih fleksibiliti tanpa membebankan bajet isi rumah.

Kualiti terbukti, nilai lebih baik

Rangkaian ini memberi tumpuan kepada ciri-ciri praktikal yang memudahkan urusan harian. Sebagai contoh, cerek elektrik dilengkapi fungsi tutup automatik serta perlindungan apabila dihidupkan tanpa air dan daripada pemanasan berlebihan. Periuk nasi pula mempunyai periuk dalam aluminium tanpa salutan yang tahan calar serta perlindungan beban haba berlebihan. Manakala, seterika wap dilengkapi kawalan suhu boleh laras, fungsi pembersihan kendiri dan perlindungan daripada pemanasan berlebihan.

Dengan menggabungkan rekod prestasi produk yang kukuh bersama pilihan yang lebih luas, harga berpatutan dan kemudahan rangkaian kedai di seluruh negara, MR.DIY terus menjadikan perkakas harian berkualiti lebih mudah dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia. Semua perkakas turut disertakan pensijilan SIRIM bagi jaminan tambahan.

Kedai MR.DIY kini menampilkan pilihan perkakas dapur dan isi rumah kecil yang lebih luas, termasuk cerek elektrik, periuk nasi dan seterika.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR.DIY Malaysia atau ikuti MR.DIY di Facebook, Instagram, TikTok, X dan Xiao Hong Shu.