MR.DIY CSR: Program Senamrobik Komuniti Peringkat WP Kuala Lumpur
Program Senamrobik Komuniti Peringkat WP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mac 2024, Sabtu di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras.

Program ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, dan merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dengan tujuan memasyarakatkan sukan dan gaya hidup aktif.

Yayasan MR.DIY telah turut serta menyertai program ini dan mengedarkan "goodies bag" kepada seramai 200 orang penduduk dari Perumahan Awam Seri Selangor dan Jabatan Belia dan Sukan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung seperti Senamrobik, Penalty League Matches, Paper Plane Demo, Servis Manicure, dan Pertandingan Mewarna.