Mulakan Persiapan Raya Lebih Awal, Tanpa Tekanan



Bila Ramadan bermula, inilah masa terbaik untuk mula persiapan Raya secara berperingkat, tanpa tergesa-gesa dan tanpa tekanan. Tak perlu tunggu penghujung Ramadan, cukup dengan persiapan kecil, rumah boleh terasa lebih kemas dan meriah menjelang Aidilfitri.

1. Mulakan Dengan Ubah Suasana Meja



RM19.90
Alas Meja (32 x 180cm)
8721489

Penggunaan alas meja merupakan antara cara termudah untuk mengubah suasana ruang makan atau meja kopi. Pemilihan corak minimalis atau warna neutral yang mudah dipadankan membuatkan ruang tampil lebih kemas dan “Raya-ready” tanpa perlu mengubah banyak susun atur.

2. Serikan Ruang Tamu Dengan Kusyen



RM16.50
Kusyen (43 x 43cm)
8721488

Penambahan atau penukaran sarung kusyen mampu memberikan nafas baharu kepada sofa anda. Padanan warna neutral dengan corak ringkas sudah memadai untuk mewujudkan suasana selesa, sekali gus menjadikannya ruang yang ideal untuk berbuka puasa dan beramah mesra bersama keluarga.

3. Susun Kuih Raya Awal-Awal



RM6.10/unit
Balang Kaca (830ml)
8803943

Gunakan balang kaca untuk menyusun kuih raya, biskut atau kudapan kegemaran anda. Selain memberikan imej yang kemas, sifat balang yang lutsinar memudahkan anda memantau baki kandungan untuk diisi semula. Persiapan ringkas ini pastinya dapat menjimatkan masa anda di kemudian hari.

4. Lantai Kemas, Lebih Teratur



RM28.90
Alas Lantai (45 x 120cm)
8721635

Penggunaan alas lantai atau permaidani membantu ruang kelihatan lebih teratur dan selesa. Pastikan anda memilih saiz serta rekaan yang bersesuaian dengan keluasan ruang tamu atau sudut solat. Langkah kecil ini mampu memberikan impak yang besar terhadap estetika keseluruhan kediaman anda.

5. Sambut Tetamu Dengan Pinggan Baru



RM2.90/unit
Pinggan Melamin
8803964, 3965, 3966

Tidak perlu tunggu ketibaan Raya untuk sediakan pinggan melamin. Sifatnya yang ringan, tahan lasak, dan praktikal menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan harian mahupun melayani tetamu. Daripada majlis berbuka puasa hinggalah ke pagi Raya.

Persiapan lebaran tidak seharusnya dilakukan secara terburu-buru. Dengan memulakannya secara berperingkat, anda dapat menikmati setiap proses dengan lebih tenang.

Akhirnya, apabila Syawal menjelma, bukan sahaja kediaman tampil sempurna, malah jiwa juga lebih tenang untuk meraikan Raya Sama-Sama.

Lihat lebih banyak MR D.I.Y. Raya Sama-Sama di sini!