MR D.I.Y. CSR: Bersama MR D.I.Y., Untuk Komuniti Lebih Selesa

Yayasan MR D.I.Y. baru-baru ini melaksanakan program CSR di SK Bukit Lanjan (Asli) dengan menyumbangkan barangan keperluan seperti kipas berdiri, lampu kalimantang, suis lampu dan kipas, serta periuk nasi elektrik untuk kegunaan sekolah. Sumbangan ini bertujuan meningkatkan keselesaan warga sekolah dan menyokong persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Selaras dengan semangat #ProdukMRDIYTahanLebihLama, MR D.I.Y. kekal komited memberi impak positif kepada komuniti dan memastikan semua orang dapat menikmati #QualityLivingforAll.